Tuesday, December 15, 2009

Sekapur Sirih

Salam buat semua..
Kisahbenar terbit atas keinsafan dan kesedaran diri yang kerdil ini pada suatu malam di bulan December 2009. Mengapa Kisahbenar? Kenapa tidak Kisahbetul atau Ceritabenar? Berbanding 'Kisa'h, 'Cerita' lebih terdorong kepada persepsi dongeng atau buah mulut. Samada sesebuah cerita itu berkisar kepada sejarah hidup penceritanya ataupun mengenai orang atau perihal yang lain. Persepsinya berubah bilamana seseorang itu menyampaikan kisahnya. Di dalam situasi sedemikian, kisah seseorang itu dipandang serius, malah diterima sebagai benar selagi ia tidak disangkal ataupun dibuktikan ketidakbenarannya oleh pihak ketiga.
Kebetulan, kisah dan cerita mempunyai asas makna yang serupa, tapi ramai yang mungkin lupa akan keserupaan yang tiada kesamaan. Benar, jawapan kita mungkin serupa tetapi pastinya tidak sama. Itulah sebabnya blog ini dinamakan KisahBenar....

Melalui KisahBenar, kukongsi denganmu kisah hidupku, setakat saat dan ketika kusampaikan kisahku... Do'a dan Harapan yang disandarkan pada setiap kisahbenarku, semoga ia disambut dengan ikhlas dan diterima sebagai kisah-kisah yang berniat suci, untuk dikongsi dan jikalau mampu, diteladani oleh diri ini dan pembaca semua...